PANTUN SAKIT HATI

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Sekian diucapkan. Kepada semua, majulah sukan untuk negara.


---- sumbangan: Rosli

Papan Tanda

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."


---- sumbangan: AZamuDIN

Kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..


---- sumbangan: Hawa

Lari Dari Hospital


Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."

"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal.

"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"


---- sumbangan:Amir

Terlupa Makan

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????


---- sumbangan: Matt Dee

Nenek Udin

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."


---- sumbangan: Matt Dee

Harta Pak Pandir

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Pak Pandir di Lebuhraya

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"


---- sumbangan: Man

UNTUNG

Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut..

Pemberita: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?

Tokey: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih untung wooo...

Pemberita: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung....?

Tokey: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa..

Pemberita: "Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..Tokey???

Tokey: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun..


---- Sumbangan: Belalang

Disko XYZ

Seorang lelaki dalam keadaan kelam kabut, masuk berjumpa seorang teman yang boleh dipercayai untuk meminta nasihat.
"Bini aku dah berlaku curang terhadapku. Setiap malam dia ke Disko XYZ untuk mencari jantan. Malah. dia akan meniduri mana-mana jantan yang mengajaknya. Arghhh!!! Dah naik gila aku. Apa yang patut aku lakukan?".

"Bertenang", kata si teman. "Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan. Sekarang, cuba kau beritahu aku pukul berapa bini kau biasa pergi kesana dan lokasi Disko XYZ itu."


---- Sumbangan: mat lie

Kemalangan

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.

Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.

"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".

Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang....


---- sumbangan: mat lie

Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."


---- Sumbangan: mat lie

Isteriku

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!


---- sumbangan : mat lie

Kantoi

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"

"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?"tanya si teman penuh simpati.

"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."


---- sumbangan: mat lie

SUMBANGAN

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.


sumbangan: JIN MATA SATU

SAKSI

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil
. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar...

Peguamcara tersebut terpegun
lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima..Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi.., peguambelakan?

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.


---- sumbangan: Tuan Tanah

Ayah Ku Punya Mess

Dalam 5 - 6 tahun lepas, aku masuk toilet selepas ayah. Bila aku masuk je, terpandang macam ada benda warna oren kecoklatan atas lantai. Banyak pulak tu. Timbul sayu di hati ku ni dan terus panggil adik ku Lin.

Lin masuk dan aku terus tunjuk benda tu atas lantai dan aku cakap ayah yang buat. Dia pun terus sedih jugak. Jadi kami berpakat untuk 'clean up' ayah punya 'mess' untuk tidak memalukan dia.

Kami dua beradik sambil mencuci tu berlinang air mata sampai si Lin cakap " Dah tua ayah kita ye.... ". Aku pulak dengan sayunya jawab " Sampai ter miss toilet bowl pun tak perasan. " Tapi kan yang peliknya, benda tu susah sangat nak masuk dalam drain hole tu. Selalunya kan senang aje sebab benda tu kan lembik2 ( ewuuuueeeew ). Dia macam tersekat je kat lubang2 kecik tu...

Pastu, aku tunduk le untuk tengok lebih dekat apa masalahnya, dan... jeng jeng jeng... masa tu lah aku discover itu bukannya hasil ayah... tetapi makanan kura2 yang terjatuh dan dah kembang kena air !!! Wahh !! Malunya.... !!! Penat je nangis !!


---- sumbangan: Mimi

Pulang Malam

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari ia marah besar kepada suaminya

"Seenaknya saja kamu bersenang-senang di luar, meninggalkan aku sendirian!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak enak langsung.. !!" rengus si istri.

"Tuhlah, makanya jangan dikira aku bersenang-senang di sini...."


---- sumbangan: Deramang

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)



dipetik dari :
http://keretamayat.blogspot.com/2006/07/anda-tercekik-tulang.html

Suamiku

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."

"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.

"Habis.., hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko." jawab si ibu muda.

"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi.

"Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.


---- sumbangan: Malim Kudung

Hukuman Mati

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
”Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan perpanjangan..

“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa.” katanya

Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..

“Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa...


---- sumbangan: Brazil Tewas

Angelina Jolie

Angelina Jolie akan melawat Malaysia !!!

Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawat Malaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa teman lelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuat lawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yang dilalui oleh Angelina tempoh hari.

"Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelina sepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahui bahawa Angelina mengandungkan anak kami".

Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akan memenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jet peribadi. Penerbangan selama 7½ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr Philip Kingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat.

"Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk menemui bapa angkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Brad dan Angelina Jolie akan menemui bapa Angelina, artis terkenal Malaysia, M.Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat".


---- sumbangan: Srox

JUJUR

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut
Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu
. Aku hanya inginkan ayam gorengku."

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah
dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."


---- sumbangan: Kunyit

Beruk

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)


---- sumbangan: Halim

LARI...

Bersama seorang teman sekelas aku pulang dari latihan olahraga. Di perjalanan, entah siapa yang mulakan dulu, kami berdebat tentang siapa yang lebih pantas berlari. Kerana kami berdua tidak ada yang mau mengalah.. akhirnya kami memutuskan untuk mengujinya dengan berlari sejauh satu blok (sekitar 100 meter). Ketika itu sekitar pukul enam petang dan keadaannya agak suram dan kelam.

Kami pun menggambil posisi masing2.. dan 1…2…3…, aku dan temanku terus berlari "sprint" secepat mungkin. Ternyata kami berdua seimbang dan sama pantas…...

Beberapa meter dari hujung blok (yang menjadi garis penamat kami) tiba-tiba seorang Pak guard yang meronda di setiap blok berlari mengejar kami ….. Pak guard tersebut berlari dengan pantasnya dan berada hanya beberapa meter di belakang kami.

Aku bingung… kenapa Pak guard itu mengejar kami berdua…, kami berusaha berlari sepantas mungkin kerana takut tertangkap oleh Pak guard tersebut. Aku sudah tidak sempat berfikir dan kerana gugup aku terus berlari hingga lima blok bersama sahabatku tadi. Pak guard cukup kuat kerana dia masih terus mengekori kami. Mesti pun aku sudah kepenatan tetapi aku masih tetap berlari …. melepasi blok keenam kami berdua sudah tidak kuat lagi berlari. dan kepenatan..

Akhirnya di persimpangan lorong kecil kami berdua berhenti sambil menghela napas yang kelelahan. Beberapa minit kemudian pak guard juga sampai di tempat kami dan dia juga berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap.

Kami bertiga terdiam selama beberapa saat.. melepaskan lelah masing-masing... Akhirnya, setelah agak tenang, dengan heran aku tanya kepada Pak guard tersebut..

"Pakcik.., kenapa pakcik mengejar kami..?"

Pak guard itu nampak kebinggungan. Mungkin masih kebinggungan dan kepenatan.. Pak guard itu menjawab dalam Bahasa Jawa yang pekat..

"Lha koe wong loro mlayu ok aku yo melu, lha tak kiro nek ono opo ngono..."

Maksudnya..
Tadi saya melihat kamu berdua berlari begitu pantas sekali.., saya kira ada apa-apa yang terjadi.. jadi saya pun ikut lari juga...


---- sumbangan: kunyah

Anjing Peliharaan

Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.
Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...".


---- sumbangan: Maman

LEMBU PUNYA TALI

Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat basah kuyup. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah joran kami. Kami pulang ketika hari hampir gelap. Kami singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian di kaki lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah menyebabkan suasana malam dan persekitarannya bertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat . Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari ikatan sedang makan rumput. Aku segera ambil hujung talinya lalu mengikatnya dikaki bangku panjang yang kami duduki. Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari jauh .

Tidak lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya singgah untuk berteduh. Dia pun berehat sama di bangku tersebut. Selang seketika dia terasa bangku itu bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....

ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu ... kami ikattt...(aku segera cuit peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa !
ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie bergerak-gerak ...
AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (aku mula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ... takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang)

Tiba-tiba bangku bergerak lagi. Aku dan Ali buat-buat terperanjat. Harun terus bangun konon terkejut. Bangku bergerak agak lama. Remy buat-buat melompat . Kami berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ... si Abu ....

ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR.. ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan azan)

Kami berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontan si ABU tuu ... lalu kami tunjukkan dia tali lembu yang kami ikat kat bangku tuu ... so ... bangku gerak-gerak pasal anak lembu tu tarik ! Si Abu .. terus gi tengok anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer meninggalkan kami yang tergolek-golek ketawa !!!


---- sumbangan: Adios

Barah Otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.


---- sumbangan: Matt Dee

Penjual Daging

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang. "Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya. Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!???"

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."


---- sumbangan: Matt Dee

Cucur Udang

Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : ..........


---- sumbangan: amat

Pukul Berapa Buka?!!

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"


---- sumbangan: Matt Dee

Kolam Masjid

Ini kisah zaman aku masih anak-anak sekitar umur 11-12 tahun. Pada hari Jumaat ... macam biasa semua murid diwajibkan menunaikan solat fardhu jumaat. Maka bergeraklah kami beramai-ramai dalam satu kumpulan menuju ke Masjid yang terletak 1/2km dari sekolah. Ada pun masjid tersebut sebenarnya terletak berhampiran rumah aku jadi selalunya dipertengahan jalan aku akan keluar dari kumpulan dan secara senyap balik kerumah. Tujuan aku balik kerumah adalah kerana hendak 'dressing' yakni berbaju melayu bersampin persis cam orang solat sunat aidilfitri !!!
Kengkawan mesti cemburu punyerr lerr !!! Heheheheheh ... !

Dorang pun kekadang cuba nak menandingi aku NAMUN ... bila masuk tengahari jerr ... pakaian dorang habis kotor dan berbau TETAPI pakaian aku .... hemmmm .... BERSIH , KEMAS dan BERGAYA ... yeahhhhhhhhhhhhhhh....'maintain' gitu..!

Selesai bersiap dan ambil wudhu , aku pun melangkah keluar dari rumah menuju ke Masjid. Sampai di Masjid ... seperti biasa ... kengkawan jeling semacam jerrr . Cikgu tersenyum bangga . Aku berjalan selamba . Tetiba teringin lak nak makan pisang free . Hemmmmm ... ustaz kata ... kalau dah berwudhu ... kalau makan ... cuma kumur ajerr .. wudhu tak batal ! Teringat kata-kata ustaz .. aku pun mentedarah aneka jenis pisang tu .. sambil mata memerhatikan ruang kosong didalam masjid .

Makan punya makan ... azan pun hampir berbunyi ... jemaah mula berpusu-pusu nak masuk .Aku pun jadi kelamkabut pergi ke kolam nak berkumur. Kelamkabut punya pasal .... aku tersandung tembok kolam ... dan .... GEDEBUM !!!!! (aku masuk kolam da !!) Habis aku punya 'dressing' hari jumaat tu. Bunyi orang ketawa kedengaran disana sini. Kengkawan yang tahu terkekeh-kekeh gelakkan aku yang dah basah lencun tu ! Aku menonong keluar masjid tak tengok kiri-kanan .... malu weiii ... malu nyerrrrr akuuuu .... !!!

** Udah..udah...korang jangan lak nak kutuk aku lebih2 ha'!


---- sumbangan: Adios

Cara-cara nak cover malooooo...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


---- sumbangan: bintangmalam

TAKUT BINI

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

MORAL OF THE STORY:
KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.


---- sumbangan: AMIRUDIN ABDULLAH

SUDU DAN BENANG

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."


---- sumbangan: NajOne

Isteri Curang

Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Amat yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.

Melihat Amat seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata, "Mat, kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri kau sedang bermesraan dengan kawan kau tu".

Amat pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian ia telah kembali dengan wajah lebih ceria, nampak lega.

"Bagaimana Mat?", tanya rakannya tadi.
"Kacau je kau nie. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak, baru tadi pertama kali aku lihat dia...".


---- sumbangan: Sam

Aku dan Polis

Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen 'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota polis siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit 'hoi' . Aku dengan macho buat-buat tak dengar . Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah polis tersebut lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa polis tu suruh kami berhenti . Aiseyyy .... aku dengan berat hati dan gabra giler ... berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari alasan ....

Polis : Laju bawak motor ?
Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie ... ada hal sikit..
Polis : Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..
Polis : Ni... nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Kawan : Sinun !
( Entah macamana kawan aku ... ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan isyarat tangan ! Kami berpandangan .... aiseyyyy .... kantoi ...kantoi ...kantoi .. aku berkata dalam hati.

Polis : (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?
Aku : (tersengih-sengih) ehh .. bang... encik.. err..errr.. kitaorang sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana lagi ...
Polis : Hemmm ...hemmm ... tengok ROAD-TAX ngan LESEN !

Alamak ... part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali ... adusssss ... kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu ..) ! Setelah agak lama ... tiba-tiba kawan aku menegur ..

Kawan : Kau cari apa ??
Aku : Road-tax ... jawab ku ringkas .
Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?
Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh .... !!
Laaa ..... tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk mencari road-tax ! Polis yang memerhati mula tergelak-gelak .

Aku : (cover malu & buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??
Kawan : Bawah plastik beras tu kot .... apa daaa ... bawak plastik beras !!
Aku : (Ciss ... tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha ... ada pun .. nie dia .

Polis : (sambil menahan ketawa) hemmmm .... ada punn .. LESEN ?
Aku : Errr...errr...errr... ada ...nie dia .
Polis : Nie LESEN 'L' nie .. mana boleh naik ...
Aku : Errr...errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua ... tapi ... hari dah hampir gelap ... kawan saya nie RABUN .. so ... saya terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..
(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)
Polis : Tengok lesen awak ..
Kawan : Ada...ada...ada.... nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )
Polis : Nie bukan lesen Malaysia nie ?
Kawan : Errr...errr... tu international lesen tu... mana-mana negara boleh pakai .
Polis : (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??
Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh ... lesen nie saya amik kat US ... lesen niee boleh bawak semua kenderaan.
Polis : (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua ... tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.

Aku dan kawan : ohhh .... Mekasih bebanyak encik.

Bila polis tu belah jerrr... kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib ... mandi dan SOLAT dulu lerrr .


---- sumbangan: Adios

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...


---- sumbangan: Syafiq

Jejaka Sempurna

Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya.

"Jejaka yang ku kawini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada dirumah!"

Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata, "Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!"


---- sumbangan: M@RZAT

Pak Pandir beli Handphone

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.

"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.

Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.

"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"



--- sumbangan : alim

Senyum sikit

Jenaka 1
Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"

Jenaka 2
Seorang Ibu di kampung menceritakan kepada temannya tentang anaknya dengan penuh rasa bangga...
"Anak gadis saya yang masih menuntut itu tinggal di Kondo di KL.. !"

"Ia makan malam di restoran yang berbeza setiap hari, ada baju bagus2 dan banyak kekasih".

Rakannya membalas..
"Saya faham perasaan engkau.. Anak gadis saya juga seorang pelacur seperti itu... Tabahlah..."

Jenaka 3
Linda sedang menampal kertas dinding (wallpaper) bergambar bunga-bunga di dinding biliknya. Setelah selesai dia memanggil ibunya untuk memberi komen mengenai hasil kerjanya itu.

Ibu : "Kertas dinding yang kau pasang ini cantik sekali, tapi mengapa di bahagian sana gambarnya agak menonjol seperti tidak rata.."

Linda : "Oh... baru saya ingat.. saya lupa menanggalkan jam dinding tadi!!"

Jenaka 4
Rina : "Moyangku berperang melawan Jepun. Datukku berperang melawan Portugis. Dan ayahku berperang melawan Bugis"

Azrul : "Nampaknya keluargamu tidak boleh bertolak ansur dengan orang


--- sumbangan:Sman

Keputusan seorang ayah...

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."


---- sumbangan: Sahidi

Peribahasa yg perlu dikongsi

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer................

maknernya.................


Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......


Pergi lah buat kerja!!!!!


---- sumbangan: Zulkhairy

Doa Makan

Semalam saya dan isteri mengundang beberapa orang untuk makan malam di rumah. Isteri saya pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala masakannya. Ketika semua tetamu telah datang, ia menyuruh anak kami yang berusia 6 tahun untuk memimpin doa sebelum makan.

"Afiq, kamu pimpin baca doa ye Afiq"

"Tapi mak, doanya macam mana?" jawabnya.

"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri saya.

Afiq segera menadah tangan dan berkata ...

"Ya Tuhanku, kenapa saya harus mengundang orang-orang ini makan malam?"


---- sumbangan: Ramly

Ahli Silap Mata dan Burung

Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulangi tipu helah yang sama.
Masalahnya adalah, Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "

Si ahli silap mata sangat meluat tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"


---- sumbangan: Remy

'pppp' cutter

Ada lima orang pemuda sedang menghadiri temuduga. Si penemuduga pula merupakan lelaki Inggeris yang langsung tak faham Bahasa Melayu. Oleh itu, khidmat penterjermah terpaksa diperlukan. Masuk lah lelaki pertama.

L.Inggeris: What's ur name?
Abu: My name is Abu Bakar bin Ali.
L.Inggeris: What is ur father occupation?
Abu: My father is a wood cutter.

Lelaki Inggeris itu memandang si penterjermah. Penterjermah cepat2 menjawab.

Penterjermah: It's mean that his father is a carpenter.
L.Inggeris: Ok, U may go now.

Maka keluarlah lelaki pertama tu dan masuklah lelaki kedua.

L.Inggeris: What's ur name?
Ismail: My name is Ismail bin Ishak.
L.Inggeris: What's is ur father occupation?
Ismail: He is a meat cutter.
Penterjermah: His father is a butcher.
L.Inggeris: I see. U can go now.

Lelaki kedua keluar kemudian lelaki ketiga pulak masuk.

L.Inggeris: Ur name please?
Dahlan: My name is Dahlan bin Zainuddin.
L.Inggeris: Ur father's job?
Dahlan: Hair cutter.
Penterjermah: Means that his father is a barber.
L.Inggeris: Ok. U may go.

Keluar lelaki ketiga then lelaki keempat pula masuk.

L.Inggeris:Tell me ur name?
Hafiz: My name is Hafiz bin Hashim.
L.Inggeris: What's ur father doing?
Hafiz: He is a grass cutter.
Penterjermah: I think he want to say that his father is a gardener.
L.Inggeris: Oh, I see. Ok, U can go.

Kemudian masuklah lelaki terakhir.

L.Inggeris:Tell me what is your name?
Karim: My name is Ahmad Karim bin Ahmad Kassim.
L.Inggeris: What's is your father occupation?
Karim: My father is a..... 'pppp' cutter. ( Teragak-agak nak jawab)

Lelaki Inggeris dan penterjermah berpandangan sesama sendiri. Tak faham agaknya.

L.Inggeris: What did u say?
Karim: I said my father is a 'pppp" cutter. (Dlm hati, kenapa lah bapak aku pilih pekerjaan yang susah nak disebut)
Penterjermah: Awak cakap lah dalam bahasa Melayu.
Karim: Bapak saya Tok Mudim.
L.Inggeris: What is it mean?
Penterjermah:Oh. His father is a..... 'pppp' cutter.

Lelaki Inggeris tu pula dah mula nak bengang.

L.Inggeris: I know the word 'cutter', but I don't understand what's 'pppp' mean?!!...

Penterjermah itu menunjukkan objek yang dipotong dan sekaligus menyebabkan lelaki Inggeris ketakutan dan bangun melarikan diri.


---- sumbangan: Nira

Bercumbu

Milah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang bekerja sebagai petani.

Suatu senja, ketika sedang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan desa, mereka melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan.....

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, " Rasanya saya juga teringin melakukannya," sambil memandang Minah dengan mesra.

"Silakan," balas Milah " kan kerbau-kerbau tu milikmu."


---- sumbangan: Sarip

Badak dan Monyet

Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik"

Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"


---- sumbangan: Nyah Dolly

Tiga Sahabat

Kisah yang menceritakan tentang kecanggihan teknologi ini berlaku antara tiga orang sahabat ketika mereka berhenti disebuah tandas awam di R&R...

[Sahabat A, selepas membasuh tangan]

Sahabat B&C :Ape bende kat tangan ko tu?? Awat bergetaq tangan hang tu tu haa???

Sahabat A :Ohh ni name nyer pager,canggih kan besar tangan aku jerk...

[Sahabat B, semasa dalam tandas]

Sahabat B : Tolong pegang handphone aku ni..

Sahabat A&C: Kalau ade call in caner??? Aper yang terlekat kat telinga ko tu???

Sahabat B : Ooo...ni namenyer bluetooth..kalau ade orang call!!dari jauh aku boleh jawab..

[Sahabat C, selepas keluar tandas dengan membawa tisu tandas yang masih terlekat di punggungnya]

Sahabat A&B: Kenape tisu iu terlekat disitu C,???

Sahabat C : Ohhh ini mesin fax saye!! saye bawa kemane2 sahaja...


---- sumbangan: neil

Kawan Baik

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya 'stokin' kau. Beli kat mana? Hahaha...
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah...
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la... Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha... (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar...
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan...
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak...)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!... Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)


Moral: Jangan gelakkan orang.


---- sumbangan: Nira

Kebakaran Hutan

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas.


---- sumbangan: Sam

Surat untuk kekasih...(putus cinta)

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya...

Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat...surat tu macam ni bunyinya....hehehehe

Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don't trust you again!!!My Friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk.. Tijah




---- sumbangan: Jas

SURAT UNTUK AYANG (balasan SURAT UNTUK ABANG)

dear ayang,

bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..

jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah aa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu..


ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang


---- sumbangan: aku la

SURAT UNTUK ABANG...

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang...

DAN... YANG TERAKHIRNYA... ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.

Dari Ayang...


---- sumbangan: aboy