Di Bilik Bedah

Di dalam sebuah bilik bedah seorang pesakit begitu takut dan berkata kepada doktor,



"Doktor, saya sangat takut sekali untuk menghadapi pembedahan ini. Ini pertama kali saya di bedah."



Jawab doktor,

"Saya cukup faham dengan perasaan anda dan begitu mengerti kegugupan anda sekarang kerana saya juga baru pertama kali membedah pesakit."





---- sumbangan: Samad

Telefon

Seorang lelaki berjalan masuk menuju ke tempat kerjanya, dengan kedua-dua belah telinganya dibalut ( seolah-olah luka ).Bosnya bertanya "Apa dah jadi dengan telinge kamu?". Lelaki itu menjawab "Semalam, ketike saye sedang menyeterika baju, tiba-tiba telefon berdering dan saye dengan tak sengajanyer meletakkan seterika ke telinge".



Bos itu kemudian bertanya lagi " Well, itu mungkin menyebabkan luka pada sebelah telinge. Tapi, apa dah jadi dengan telinga satu lagi?" Lelaki itu menjawab,"Well,saye pon kene telefon doktor!"





---- sumbangan: Budak JB

Malunya Saya!!

Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.

Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?

Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!

"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.

"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.

"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.

"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"



Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.



MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.





---- sumbangan: Lukeman Khoo

Bila Besar Nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.



Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".



"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.



Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".



Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".





---- sumbangan : Seman bin Leman

Ceritaku

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,



Ahmad: aku ada satu cerita.

Hassan: cerita ape?

Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?

Hassan: yela...



Ahmad pun memulakan ceritanya...



Ahmad :satu hari aku pergi memburu.

Hassan : memburu.

Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.

Hassan : hutan.

Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.

Hassan : berak.

Ahmad : aku berlari ke semak.

Hassan :semak.

Ahmad : aku pun berak.

Hassan : berak.

Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.

Hassan : lagi.

Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.

Hassan : dulu.

Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.

Hassan : ada.

Ahmad : aku pun tertanya-tanya.

Hassan : tanya.

Ahmad : siapa makan tahi aku?

Hassan : aku....





---- sumbangan: Ayda

Ini gambar siapa?

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.



Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.



AAAaaaawwWW?





---- sumbangan: Samad

Temuduga

Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".



Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".



Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."



Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!





---- sumbangan: Samad

Penyajak Yang Hebat

Osmang Tawang ialah seorang penyajak yang hebat di Malaysia. Karya-karyanya sangat tersohor sehingga ia menerima anugerah Sasterawang Negara. Apabila dia bersajak pasti para hadirin terpegun sehingga mengalirkan air hingus. Namun pada suatu hari reputasinya jatuh akibat dari satu kejadian ketika ia berada di pentas untuk bersajak. Mari kita saksikan kejadian tersebut:



Usmang dengan gaya sasterawang hebat naik ke pentas sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Dia dengan muka bangganya menyeluk poket bajunya untuk mengambil nota sajaknya. Setelah dibuka lipatan nota sajaknya dia pun memulakan bacaan sajaknya. "Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah sajak yang saya anggap paling agung yang pernah saya cipta. Sajak ini diberi judul 'BBYPDB'". Setelah memberitahu judulnya beliau pun memulakan membaca sajaknya walaupun dia kelihatan sedikit hairan. Sajaknya berbunyi begini:



BBYPDB (Barang2 Yang Perlu Di Beli)

1. Beras sekampit

2. Gula 2 kilo

3. Bawang 6 bijik

4. Minyak sebotol (beli yang cap sampan punya)

5. Beehon sekapik (tanak yang cap ketiak tu!!)

6. Ikan sardin cap itik.. 3 tin udah le.



"YA TUHAN....ini senarai barang bini aku suh beli, mamfus aku...malu...malu...". Usmang Tawang berlalu dari pentas dengan iringan gelak tawa para hadirin. Sejak hari itu, Usmang mengalami kincit tak terurus dan kini menetap di daerah Batang Ai bersama cucu itiknya.





---- sumbangan: Lukeman (formally Dr. Khoo Khai Kim)

Misteri Kematian Lincoln & Kennedy

Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini:

Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.

John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.

Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.

John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.

Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.

Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.

Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.

Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.

Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.

Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.

Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.

Pengganti mereka bernama Johnson.

Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.

Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.

John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.

Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.

Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.

Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.

Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang.

Boot tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam.

Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.

Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.



Dan ini yang paling unik?..

Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.

Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

Believe it or Not?

A ...maafkan aku...(warkah buat kekasih)

A,

Maaf kerana tidak dapat membantu mu

Di kala parang ayah mengurang

Di kala wajah ayah memerah

Di kala suaramu tersekat



A,

Maafkan sekali lagi

Bukan aku tidak mahu membantu

Bukan aku tidak sayu

Bukan...Bukan...Bukan...



A,

Tika ayah mengacu parangnya

Hatiku meruntun sayu

Melihat kau cuba lari bertempiaran

Bersama rakan-rakan

Untuk hidup sehari lagi



A,

Realitinya aku tidak mampu

Menghulurkan tangan untuk kau sambut

Supaya dapat ku bawa kau lari

Jauh dari parang ayah...



A,

Aku tidak mengerti

Mengapakah ayah terlalu benci akan dirimu?

Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara ini

Aku hanya mampu menjadi pemerhati

Bersama seribu belas dihati

Bersama kasih yang tebal di nurani

Namun aku hanya seorang puteri



A,

Larilah kau

Jangan menyerah pada ayahku yang kejam itu



Ah A,

Tidak dapat aku gambarkan

Dikala parang ayah menetak lehermu

Air mataku mengalir menuruni pipi

Tak tertahan lagi...sedih...sayu...



Yeah...!

Seluruh isi keluargaku bersorak

Semua berpesta

Atas kematian mu...?



A...Ayamku...

Kematianmu, nyata amat pedih

Tetapi kau menjanjikan

santapan istimewa untuk kami

Ayam goreng bersambal!!!

Nyam...nyammm...Nyammm..





---- sumbangan: putera coli

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"

Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"

Cikgu : "Rumputnya mana?"

Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"

Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"

Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Pengemis gila

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.

Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?

Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!

Bapak : Tak kan bleh mendengar?

Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!

Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!

Pengemis : Itu ada tiga ratus !

Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?

Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!





---- sumbangan : lanilanun

Demam Malaysian Idol

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :



Kadi : Hassan...

Pengantin Lelaki : Saya ustaz...

Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...



p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...





---- sumbangan: Samad