TERberanak

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.



"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"

Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk

punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"



Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.

Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....



--------------sumbangan : cipoon

Seloka Hari Raya Aidil Adha

Takbir raya mula bergema,

Ayam itik menghilang entah ke mana,

Lembu dan kambing menjadi korban,

Babi tersenyum tak masuk Islam....



Selamat Hari Raya Aidil Adha, Raya Korban, Raya Haji....



-------------sumbangan : macam dalam IC

Rahsia Disebalik Rahsia

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.



"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.



"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,

"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."



"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini



Sambil berbisik...ayahnya memberitahu...

"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."



Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.



"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.



"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.



Zuraini hairan bercampur gembira..

"Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"



"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."

3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..



Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?

Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."



Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,

penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."



Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang

pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"



Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi

untuk mendapat seorang gadis.."



Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'

dan juga 'BERPUASA'



Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya

juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."



Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."



Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"



Ustaz : "BERCERMIN!"



--------------sumbangan : Jaslina

Rahsia Cintaku

Inilah saat-saat yang paling aku geruni dan penuh tragis. Aku mula-mula bertentang mata dengannya sejak kecil lagi. Namun..., tidak pernah bertegur sapa... apatah lagi hendak memandang wajahnya. Namun, kehadiranmu kali ini telah mengubah kehidupanku. Su, Aiman, Shah, Moon,DEE, dan Eric telah lama mengenali mu dan engkau mampu memberikan ketenangan yang di cari. Bermula daripada Aiman memperkenalkan aku dengan mu sehingga kita meneruskan percintaan ini tanpa pengetahuan ibu bapa ku.



Maafkan aku sayang kerana sesungguhnya untuk memiliki mu memerlukan keberanian dan kecekalan, perlu menanggung pelbagai penderitaan. Tanggal tarikh keramat hubungan kita iaitu 27 Jan, ketika ibu bapa ku tiada di rumah, engkau dan aku rebah dalam keasyikan malam...Tatkal ini aku rasakan sungguh bahagia berada dalam dakapan mu. Dan aku yang selama ini menjaga adab seorang gadis, sudah jauh ketinggalan dan keterlaluan...



Tidak bertemu sehari, bagaikan setahun lamanya. Betapa cinta kita sukar di pisahkan, wajah mu hadir membuat aku gial bayang. Namun... takdir penentu segalanya. Panas ku harap hingga ke petang hujan di tengah hari. Aku rela di peluk mu... dan kita lemas dalam lautan asmara...yang syahdu dan mengghairahkan... Sayang hubungan kita akhirnya di hidu oleh ibu bapa ku.

Kita di tangkap di atas katil ku sendiri! Lantas, kita terpaksa memutuskan ikatan ini. Tidakkkkkk!!! Aku tak sanggup!! Kita telah berpadu dan berpadu hati dan nyawa. Aku di pukul teruk oleh ayah.



Kesan libasan tali pinggang melekat di pahaku! Pedih...bisa..arghhh aku tak peduli. Kerana keberanian kita aku masih meneruskan hubungan ini. Hubungan cinta yang penuh tragis... Kau masih membelaiku dengan sentuhan keramatmu setaip kali pulang dari sekolah di belakang bangunan terbiar...



Inilah hakikat sebuah percintaan... kau yang ku anggap kekasih awal dan akhir...namun kau hancurkan hidupku...kini...aku terlantar di hospitalk gara-gara mu....BARAH PARU-PARU.



Sejak itu aku bersumpah.....kau bukan kekasihku...tapi..pembunuh!!

KAU ROKOK...



--------------sumbangan : liyana

Kasut Ketat

Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam.

Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik

perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya.

Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh

pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.



Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk

ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan

mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki

berkata, "Osshh! Ketatnya!".



Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah

lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi.....

Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit

je sayang".



Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata,

mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan...ahak..ahak...ahak......



moral: kena ler...standby...kasut kahwin 2 ker..3 ker..... Tak ler kalut macam kejadian di atas...



--------------sumbangan : chumey

Kurang Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah

diselidik di agensi... senarai akhir... adala 3 orang wanita indonesia yang

tersenarai...

Banyak la soalan yang ditanya..kesemuanya sama antara ketiga-tiga

calon tu... sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...



calon 1..

Apa nama?

Erni

Umur berapa?

22 tahun tuan.

Berkahwin atau belum?

Ahh..tuan... masih bujang.

Kenapa tak kahwin?

Belum ada yang COCOK.



calon 2

Apa nama?

Esah

Umur berapa?

24 tahun tuan.

Berkahwin atau belum?

Sudah tuan...sudah ada yang COCOK.



calon3

Apa nama?

Piah

Umur berapa?

23 tahun tuan.

Berkahwin atau belum?

Ahh..tuan...sudah bercerai.

Aii..muda-muda lagi dah bercerai?

Kurang COCOK tuan...





---------- sumbangan : lalalal