Surat Cinta

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.



Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.



Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.



Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.



Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.



Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.



Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.



Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?





---- sumbangan: puteri_khalifah

Kisah Ngeri

Kengkawan.. nie aku ada satu cerita ngeri aku nak share ngan korang.. kisah nie berlaku kat kawan aku kat Ipoh la..



Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.

So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.



So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam

ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie

terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga

lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini".





---- sumbangan :Along

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,



Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-



a. PENGANGKUTAN.



Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.



Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.



Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.



b. CUTI TAHUNAN.



Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.



c. WAKTU LUNCH:



1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.



2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.



3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.



d. CUTI SAKIT:



Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.



e. PENGGUNAAN TANDAS:



Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.



Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.



f. PEMBEDAHAN:



Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.



g. PENGGUNAAN INTERNET



Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.



Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.



Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.



Sekian, terima kasih.





---- sumbangan: Jaslina

Siapa Mary bang?

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg

terpinga2.....bertanya.....



"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....



Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak

telefon!!".....



P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat :)





--- sumbangan: Jaslina

Cerita sedey bila lif rosak

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60

tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.



Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....





si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.



Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....



si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....



Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....



si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......



Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk



si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA



Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.





---- sumbangan: ahazwa

Kenangan lama

Cerita Lawak Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku masa sekolah dulu... benday yg tak boleh aku lupakan sampai sekarang.... bagi aku cerita ni mmg lucu... tapi tak tahu la kalau tak lucu bagi korang semua....



Benda ni jadi masa zaman Sekolah Menengah Vokasional Teluk Air Tawar, Butterworth. Skg ni dah jadi Sek Teknik B'worth. Aku ambik bidang elektronik. Boleh dikatakan kat sekolah tu 90% adalah pelajar lelaki.... so kena berebut la nak tekel awek. hehehehe..... Nak jadi citer, ada la sorang kawan baik ni baru dpt lesen motor. So dia beli motor honda kapcai lampu bulat tu.... rasanya jenis c70 kot..... tapi jenis lama..... so petang tu habih je kelas terus kami meronda naik motor dia....



Dia ajak pi ngorat awek kat sekolah Dato' Onn Butterworth. sekolah tu awek ramai, cun cun plak tuh.... so kami pun dengan tali leher (kami ni pengawas sekolah) naik kapcai buruk dia tuh pi lepak depan sekolah tu..... kami lepak kat bus stop yg selalunya awek sekolah ramai dok tunggu bas. so waktu habis kelas petang tu.... ramai la awek kluar.... kami pun apa lagi.... mula la nak jual minyak..... kawan aku tu, Adi nama dia.... dgn selamba dok ngorat..... aku plak dah naik segan..... tapi ada la jugak awek yg kasi respon..... lepas dpt no phone 2 org awek... aku dgn adi pun nak blah la..... aku dok kat belakang... so dia pun start motor tu.... yg jadi lecehnya..... dia terlupa nak free gear moto masa sampai tadi.....



Sekali je dia tendang starter moto tu.... terus moto tu melompat..... aku yg tak sempat nak pegang dia terus jatuh bersila kat atas jalan tar depan awek2 yg ramai tu...ah cunnn nya.... mcm dok bersila nak makan nasik kenduri plak.... hehehehe.... masa tu muka aku dah tak leh nak describe dah.... malu tu mmg malu..... nak nangis pun ada..... tapi yg paling aku bengang tu.... Adi tak jatuh..... dia siap gelakkan aku lagi.... pas tu aku pun tersengih sengih cam kerang busuk pun bangun terus lompat naik atas motor Adi.... kami blah terus.... sejak hari tu aku tak naik dah moto Adi.... even budak pompuan yg kasi no phone kat aku tu pun aku tak call..... aku malu sangat........



p/s: Adi.... kalau hang terbaca citer ni.... aku cuma nak kata satu je..... hang mmg biawak... hehehehee.....





---- sumbangan: bodigat

Jangan cepat melatah

Ada satu cerita, nak dengar tak?



Ceritanya cam ni,



Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil

melihat keadaan keretanya yang kemek.

hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu

sempit, lampu jalan tak de pulak.



Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah

tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.

Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow

sikit....."



Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun

menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".."

Bagerooo..."

sedap jer cakap babi...."



Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....

Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..

Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak

manakala motosikal nya remuk sama sekali.



Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan

tadi.



Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...

tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

Buka Cawangan

Seorang pengemis berdiri di pinggir jalan dengan memegang 2 buah topi yang lubangnya menengadah keatas di kedua tangannya. Datang seorang pejalan kaki dan memasukan wang kesalah satu topi sambil bertanya :

Pejalan kaki : Pakcik, kenapa pakcik memegang 2 buah topi ? Apa fungsi topi yang lagi satu?

Pengemis : Ketika ini dunia perniagaan sedang berkembang pesat, jadi saya memutuskan untuk menambah cawangan.





---- sumbangan: Pato

3 orang budak

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...



Lina:ko dah besar nak jadi apa?



Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo



Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl



Ahmad:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...





---- sumbangan: bigpanda266

Surat minta keroje

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar

25 Jalan 3/4

Taman Bukit Indah

68000 Ampang

Selangor.

(Rumah pakcik saya)



Malaysia Airlines System

12 mei 2004



Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.



Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.



Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.



2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.



3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran :(gred)

Bahasa Malaysia 6D

Bahasa Inggeris 6D

Sains. 7E

Matematik 6D

Pendidikan Islam 5C

Sejarah 7E

Lukisan geometri 7E

Teknologi air-condition 6D

Kerja bengkel 3B



Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.



4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak.

Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)

p/s (alignment kat situ tipu).

Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)



5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Sekian terima kasih.



Sekian, terima kasih



Yang benar,



(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)

25 Jalan ¾

Taman Bukit Indah

68000 Ampang

Selangor





---- sumbangan:Jas

Terlambat...

Pagi itu, Aku dan Mimi telah pun berada di Stesen Bas Pudu Raya.Kami sedang menunggu May dari pukul 9.30 pagi lagi. Suasana di sana agak sibuk pada hari sebegini. Hari kerja.

Dari tadi Mimi tidak bersuara langsung walaupun menjamah makanan yang dijual. Tiba-tiba, Mimi pun bersuara,”Manalah kawan kita tu? Janjinya tak pernah ditepati!"



“Sabarlah,Mimi.Lagipun baru setengah jam berlalu.”kataku untuk menenangkannya. Mimi membalas,”Itulah awak,Lisa!Terlalu beri muka kepada May tu!Tengoklah apa yang jadi sekarang!Dia sudah pijak kepala kita!”sergah Mimi.Aku terkejut. Sebelum ini dia tak pernah marahkan aku dan May.Mungkin ada apa-apa yg berlaku di antara mereka.



15-minit selepas itu May pun sampai. Aku pun segera bertanya kepada May mengapa dia datang lambat. May menjawab “ korang tak nampak ke yang aku ni siput babi?! Sebab itulah aku datang lambat! Ishhh…dah lima tahun kita berkawan, ko tak tahu aku ni siapa?!Ish,ish,ish!!!” Mimi pun membalas semula kata-kata May itu,”Ler!!!Sori May,aku terlupa plak!!”





---- sumbangan: mamak^era^baru

Sepit

Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan. Bila bini dia tanya, katanya... masa kat escalator airport, sorang awek cun berskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gak kat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le... so, awek tu bengang, terus tumbok dia...



"Debuk" lebam nombo 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata... 'mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi'...so, dia pun tolak le balik kain tu masuk... dan seterusnya "debuk" untuk lebam ke2 di mata kiri...



Kesian... kan? dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak berdarah dan

patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal...





---- sumbangan: NajOne

Surat Untuk Ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:



Ayah,

Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.



Salam dari anakanda,

Sarip.



p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.





Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,



Untuk Sarip,

"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"



Dari Ayahmu.





---- sumbagan: Sarip Dol, UITM Shah Alam