Tak Faham Bahasa

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. "Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.

Kacang Hijau Dalam Telinga

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"


---- sumbangan: Sam

Monyet Terbuang

Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..

Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...

Melihat cashier itu kehairanan... pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"

Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"

Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.

Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".


---- sumbangan: (^_^)

Minta Tolong

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

"Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."

Mencarut dalam kelas

Dalam sebuah sekolah rendah, terdapat seorang budak darjah 3 bernama Dollah, dia dimarahi oleh gurunya (Cikgu Saodah) kerana mencarut di dalam kelas dengan menyebut f**k. Lalu Cikgu Saodah pun mendenda dollah dengan berdiri di atas meja.

"Dollah!! kenapa kamu mencarut tadi?" tanya Cikgu Saodah. Dengan perasaan marah Dollah pun jawap "Erk, saya mencarut ke Cikgu? saya ikut bapak saya cakap je". "Kamu tau ke apa maksud perkataan yang kamu sebut tadi?" tanya Cikgu Saodah lagi...

"Tahu Cikgu" jawap Dollah dgn yakin. "F**k tu maksudnya Enjin kereta tokleh start Cikgu.."


---- sumbangan:Dollah

Tak tahan

Usop Belacak baru sahaja berkahwin dengan Joyah Kerengge. Setelah selesai upacara membuka hadiah dan bersanding malam itu, Usop segera menuju ke bilik pengantinnya dengan tergesa-gesa diikuti Joyah yang terpinga-pinga dan panik melihat suami barunya itu.

"Kenapa bang?" tanya Joyah Kerengge

"Abang dah tak tahan niii!!!.." jawab Usop sambil melondehkan seluar dan samping pengantinnya.

"Alah abang nii..apa nak dirisaukan. Kan saya dah jadi milik abang untuk selama-lamanya. Kenapa tergopoh-gopoh nii?" balas Joyah dengan manja.

"Abang tak kira, abang dah tak tahan niiiihhh" kata Usop yang semakin gopoh nampaknya.

"Issyyy...abang ni buat Yah malu je la!!" kata Joyah lagi sambil tersenyum dan terus naik ke atas katil sambil menekup mukanya dengan bantal kerana malu.

Sedang Joyah Kerengge menunggu-nunggu apakah tindakan Usop Belacak yang seterusnya, tiba-tiba Joyah terdengar.......

"Kkrrrroooooosssshhhh......."

"Aikk? Macam pernah dengar je bunyi tu?" kata Joyah dalam hati.

"Abang buat apa tuu....?"

"Huhh! Lega rasanya dapat melepas! Abang memang tak tahan betul sakit perut ni dari tadi!"


---- sumbangan:nanonano

Perasmian Hospital

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dijemput merasmikan satu majlis di Hospital Bahagia. Sewaktu menteri itu berjalan menuju ke pentas, tiba-tiba tangannya ditarik salah seorang yang berdiri berhampiran.

Lelaki : Apa Khabar?
Menteri : Baik
Lelaki : Lu.. sapa nama ?
Menteri : Kan Ti Meng.
Lelaki : Lu keje apa?
Menteri : Menteri Kesihatan
Lelaki : (Sambil berbisik) Isyy!!!, lu jangan cakap kuat-kuat.
Menteri : Apa pasal ?
Lelaki : Dulu bila orang tanya sama gua, gua cakap nama dan kerja sama seperti lu, polis tangkap.. kasi gua masuk ini tempat sampai sekarang.


---- sumbangan: Kan Ti Meng

Belimbing

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.

Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."

Moral : Jangan suka mencabar tanpa usul periksa.


---- sumbangan: Mazlan

Penimbang

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.

Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.

"Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi" kata perempuan tersebut.

"Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini... lalu dicatatkan berapa angkanya...
Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya.
Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan dengan angka kedua...
itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut...

"Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan.

"Kenapa? tanya petugas kehairanan...

"Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu.


--- sumbangan: Samad

Ubat anti-gempa

Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota, terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!

Pakcik : ????


---- sumbangan: nanonano