Musim Sejuk yang Sangat Sejuk

Di sebuah kawasan di Amerika Syarikat. Waktu itu musim gugur, seorang suku kaum Indian di daerah terpencil bertanya pada ketua suku kaum mereka yang baru. "Wala-wala chimo-ela suma totangka obuawachi?" yang ertinya, "Ketua, apakah musim sejuk kali ini akan sangat sejuk atau seperti biasanya?"

Oleh kerana ketua suku ini sudah moden, dia tidak pernah belajar meramal cuaca dengan cara-cara kuno lagi. Ketika melihat ke atas, ia tidak dapat mengatakan bagaimana nantinya keadaan cuaca. Meskipun begitu, supaya semua kaumnya tenang, ia mengatakan bahawa musim sejuk nantinya akan terasa sejuk, sehingga ia menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu bakar untuk persiapan musim sejuk.

Namun setelah beberapa hari, muncul idenya untuk menelepon Jabatan Kaji Cuaca, dan menanyakan, "Apakah musim sejuk kali ini akan sangat sejuk atau tidak?"

"Kelihatannya musim sejuk kali ini akan sangat sejuk," kata petugas di Jabatan Kaji Cuaca tersebut. Kemudian ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu lebih banyak lagi untuk persiapan.

Seminggu kemudian dia menelepon semula Jabatan Kaji Cuaca. "Apa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?" "Ya," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "Musim sejuk kali ini akan sangaaat sejuk!"

Ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan semua kayu dan ranting pohon yang mereka temukan.

Dua minggu kemudian dia menelepon kembali dan bertanya, "Apa anda yakin bahawa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?"

"Pasti," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "kelihatannya akan jadi musim sejuk yang paling sejuk yang pernah ada."

"Kenapa anda begitu yakin?" tanya ketua suku. Lelaki itu menjawab,

"Kerana kaum Indian sedang mengumpulkan kayu bakar dalam jumlah yang menggila banyaknya!"


--- sumbangan: Tong

Pantun Raya Slank Negeri

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan d aun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


---- sumbangan:Rosli

ALKISAH BANGAU

Al kisah bermuler di sebuah kampung, seorang atok tuer sedang asyik membasuh pakaian luar dan dalam nyer di tepi sunggai sambil mendendangkan lagu renjis-renjis dipilis. Tiber-tiber, datang seekor bangau yang tercedere kepaknyer meminum air sungai terbabit.

Kasihankan bangau nyer pasal, orang tuer tu mengambil keputusan tuk merawat luker bangau tu sampai sembuh.....di pendekkan citer, sembuh la bangau tu dan dier berjanji akan membalas budi orang tuer tu tadi serter menjempot orang tuer tu ke perumahan kos rendah yang didiami beliau.

Maker, orang tuer tu pon pegi la ke rumah tempat penginapan si bangau. lantas si bangau pon mengarah pembantu-pembantunya mengeluarkan duer kotak hadiah. satu kotak kecik, satu lagi kotak besor. si tuer disuruh memilih kotak tersebut dan dier mencapai kotak yang kecil. si bangau lalu berkata:

"Sesungguhnyer ko memang baik hati orang tuer. Ko membantu aku dengan ikhlas dan jujur. sebenornyer, kotak besor tu dah aku isikan dengan sos lader hitam jer.so, terime lar hadiah pemberian ku yang tak seberaper ni"

Kater si bangau merendah diri. Si tuer terus membuker kotak yang di ambilnyer tadi dan terdapat 5 bijik kunci untuk 5 buah keter mercedes benz berlainan kelas.

Alangkah terkejutnyer si bangau biler si tuer menolak hadiah yang sket nyer bernilai tu. Biler di soal oleh si bangau mengaper dier menolak pemberian tu, si tuer menjawab:

"Giler ko! aku dah ler tak der lesen memandu, dah ler aku ni miskin, maner mampu nak bayor road tax tuk limer-limer buah keter ni ..."

Terkesima si bangau ... begitu ler ader nyer ... the end ...


---- sumbangan:BANGAU OH BANGAU

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....


---- sumbangan:Rosli