Dialog antara lembu dan ayam

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


---- sumbangan:Srox

UJANG

Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..

" Amer.. nok ujang.."

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.

"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.

" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer.

"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.

"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.


---- sumbangan: Abg Jojo

Kereta penuh

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!


--- sumbangan:Awang (oghang tggnu juge weh!)

Makcik dan pil perancang

Seorang makcik yang sudah berusia memasuki bilik doktor. Ketika doktor bertanya maksud kedatangannya, makcik itu menjawab, "Doktor, saya ingin membeli beberapa pil perancang keluarga!"

Sambil menahan tawa, doktor itu bertanya, "Makcik kan sudah lanjut usia, untuk apa makcik membeli pil perancang lagi?"

"Oh, pil-pil itu dapat membuat makcik tidur dengan nyenyak di malam hari."

"Macam mana boleh jadi begitu?"

"Betul, doktor. Setiap pagi saya mencampurkan pil itu ke dalam jus oren anak perempuan saya yang sudah dewasa. Dan di malam hari, saya dapat tidur dengan nyenyak."


---- sumbangan:Salim

Isteri Idaman

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...


---- sumbangan:Samad

Buta Warna

Seorang guru yang diberi tugasan penting telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada pelajarnya.
Guru : Arif tolong cikgu ye kerana banyak kerja yang cikgu kena lakukan.
Arif : Baik, cikgu.
Guru : Tolong pergi ke bilik guru, ambilkan cikgu fail berwarna kuning di atas meja cikgu.
Arif : Fail kuning muda atau kuning terang?
Guru : Kuning muda.
Arif : Fail besar atau kecil?
Guru : Di meja cikgu hanya ada satu sahaja, fail kuning. Ambil sahaja yang bewarna kuning.
Arif : Tadi cikgu kata kuning muda, kenapa pula sebut kuning saja?
Guru : Fail kuning muda!.
Arif : Oh, kuning muda. Kuning muda tu macam mana cikgu?
Guru : ???


---- sumbangan: Cumi dan Ciki

Ulang Tahun Perkahwinan

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika merayakan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50. Ulang Tahun Perkawinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya, "Ada satu hal yang ingin ku tanyakan pada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa, jadi pertanyaan ini belum pernah ku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi... ada baiknya aku tanyakan sekarang..."

"Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa?", kata isterinya.

"Begini... anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza?"

Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut.
Ia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya. "Ya.....," katanya mengaku, "Ayahnya berbeza."
Hening....... Mata si suami di genangi air mata... "Ooh...," katanya sambil menahan sebak di dada, "Kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya?"

Hening lagi...dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab, "Kamu...."


---- Sumbangan: Salim

Aku kah yang angau?

'Siti', S.I.T.I, Siti, nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Siti dalam mimpiku. Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin angau. Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri.

Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti. Begitulah bertuahnya Siti. Lenggok Siti dipandang, body Siti tak puas mata memandang. Bagi kaum ibu pula merasa runsing dengan kehadiran Siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka. Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami tak keluar rumah.

Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti. Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, di warong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, Siti. Kalau boleh nak ku habiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. kalau tak, bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayu Siti."Boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku. "Silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hansem dan macho dari aku.

"Saudara nak minum apa?" aku bertindak sebagai pelayan pula, takut aku nanti kalau Siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut. "Teh Tarik" jawab pemuda itu ringkas. Aku bergegas mencari Siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh. Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Adika dan menceritakan tujuannya datang kekampung ini iaitu untuk mencari adiknya. Belum pun sempat aku menanya tentang adik Adika, Siti datang melenggok menghantar teh. Kelihatan Siti agak terkejut memandang Adika dan cawah teh jatuh berderai ke lantai. "Ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah Adika. Siti terketar melarikan diri ke dapur. Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Adika. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah Adika dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk hero.

Adika menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan Bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang Siti. Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil Adika abang dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti. Jawapan ringkas dari Adika ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian.

"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan".

Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke batu!